Monday, December 21, 2009

Pengenalan :

PesakMimi Boutique Warisan Wanita Melayu..

PesakMimi Boutique adalah sebuah butik pakaian yang menyediakan busana wanita melayu tradisional iaitu baju kurung.Koleksi PesakMimi Boutique hanya merangkumi baju kurung berpesak sahaja.Konsep yang kami ketengahkan bersuaian untuk ke majlis rasmi,pejabat,bersantai dan sebagainya.Busana ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan selain menambahkan kelembutan kepada gerak-geri si pemakai serta berpadanan dengan personaliti melayu sejati.


Cantik sungguh si baju kurung,
Molek dipakai si dara jelita;
Khazanah ternilai tiada terhitung,
Warisan melayu sepanjang masa.
Teluk Belanga diberi nama,
Seni lama teras budaya;
Cekak musang jangan dilupa,
Tradisi berzaman warisan bangsa.

No comments:

Post a Comment